GMM dakwa Pro-Aspirasi sabotaj mural PBT?

 

Oleh; Badang Samudera.

Tarikh; 22 Julai 2007.

 

[DSC03715.JPG]

 

Jika anda masih ingat, pada awal semester lalu (Semester Kedua 2006-2007) sekitar Disember 2006 dan Januari 2007, Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) yang aktif memperalatkan Persatuan Bahasa Tionghua (PBTUPM) telah berkempen agar pertubuhan bahasa ini didaftarkan di UPM.

  

Usaha kempen itu dimulakan dengan urusan rundingan dengan pihak pengurusan UPM. Setelah gagal mencapai keputusan yang memuaskan, GMM mula menybarkan risalah dan propaganda di sekitar kawasan strategik UPM bagi mendapatkan suaka dan simpati dari mahasiswa.

 

Tidak lengkap dengan itu, ahli GMM mengecat dan melukis mural pada dinding di Flat Sri Serdang yang memberi mesej kepada mahasiswa agar pertubuhan bahasa itu didaftarkan di dalam UPM.

 

Keesokkan harinya, mural (dinding yang dicat dan dilukis itu) telah dirosak dengan begitu teruk yang mana ia telah ditampal dengan beberapa surat khabar lama berbahasa Cina.

 

Beberapa hari kemudian, sekumpulan ahli PBTUPM yang diketuai oleh penyelaras GMM iaitu Simon Ooi (gambar kanan) berkumpul di tempat mural dinding yang dirosakkan itu, dan mereka beramai-ramai 'mengemas' tampalan surat khabar itu. Dengan berpakaian PBTUPM berwarna hijau muda, mereka mendakwa kerja 'sabotaj' itu telah dilakukan oleh sekumpulan mahasiswa yang anti dengan perjuangan mereka.

 

Kini, pada awal semester ini (Semester 2007-2008) sekitar 10 hingga 15 Julai 2007, kelihatan beberapa ahli PBTUPM mula mengikis lukisan lama pada dinding itu dan mula mengecat semula dinding tersebut mengikut lukisan asal. Kempen PBT untuk menaja kelas bahasa Mandarin juga giat dijalankan untuk menarik minat mahasiswa baharu supaya menyertai pertubuhan haram itu.

 

 [DSC06763.JPG]

 

 [DSC06764.JPG]

 

 

 

 

PBTUPM dan kaitannya dengan GMM.

 

Untuk makluman umum, pengerusi PBTUPM adalah Wong Keen Yi (gambar kanan) yang merupakan ahli kuat GMM.

 

GMM pula sebuah persatuan anti-kerajaan yang tidak didaftarkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti, mahupun di bawah pendaftaran pertubuhan ROS.

 

Setelah kecewa akibat tuntutan agar pihak universiti menolak pendaftaran PBTUPM, Simon Ooi dan Keen Yi bersama-sama ahli GMM yang lain berunding dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi (gambar kiri) pada 30/11/06 bagi mengemukakan rayuan dan tuntutan mereka.

 

 

 

Hidden agenda dari Simon.

 

Terdapat beberapa fakta yang boleh dipersoalkan hasil daripada lakonan yang telah dilakukan oleh Simon Ooi selaku ahli GMM yang lantang menentang dasar universiti.

 

 

Pertama, surat khabar yang digunakan untuk ditampal pada lukisan di dinding tersebut adalah surat khabar lama berbahasa Mandarin.

 

Adakah kumpulan mahasiswa Pro-Aspirasi membaca surat khabar Cina? Dari manakah mereka memperolehi surat khabar tersebut? Ini adalah kerana, majoriti kumpulan mahasiswa ini rata-ratanya adalah mahasiswa Melayu. Sedangkan Simon Ooi dan semua rakan-rakannya di GMM mahupun PBTUPM adalah mahasiswa Cina. Wujudkah mahasiswa Melayu yang menyertai GMM dan/atau PBTUPM?

 

 

Kedua, adakah Simon Ooi telah mengupah seseorang untuk mensabotaj dinding tersebut?

 

Ini adalah kerana, dinding tersebut (sewaktu ia dicat dan dilukis pada Januari 2007), ia dilakukan pada hari Jumaat malam Sabtu secara terancang iaitu sekitar jam 2 pagi ketika warga penduduk flat berkenaan sedang tidur nyenyak. Dan apabila hari Sabtu malam Ahad, berkemungkinan ahli GMM ini telah kembali semula ke dinding tersebut lalu menampal kertas surat khabar lama berbahasa Mandarin tersebut (kerana cat telah kering setelah seharian dibiarkan). Dan beberapa hari kemudian, dengan wajah 'kesal dan kecewa', Simon Ooi mengajak rakan-rakan mereka dari GMM dan PBT untuk menanggalkan kertas surat khabar yang ditampal pada lukisan dinding tersebut.

 

 

Ketiga, adakah mural dinding, poster dan kain rentang PBTUPM ini mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Subang Jaya sebelum ia boleh disiarkan kepada umum?

 

Baik sangatkah Simon Ooi ini sehingga sanggup melanggar peraturan pihak berkuasa? Jika Simon menjadi pemimpin ternama suatu masa nanti, sudah pasti peraturan organisasinya sendiri sanggup dilanggarnya tanpa rasa bersalah.

 

 

Keempat, adakah Simon (selaku Taiko GMM) telah meminta izin dari pihak tuan punya dinding iaitu tuan Kedai untuk mengecat propaganda mereka?

 

Nyatalah jika tuan punya kedai berang dan marah dengan tindakan Simon itu, sudah tentu pihak pekedai akan melakukan sabotaj sedemikian memandangkan kedai fotokopi itu milik usahawan berbangsa Cina dan contengan cat pada dinding premis mereka dimanfaatkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

 

 

Apapun jua, mungkinkah dengan usaha Simon untuk melakukan 'sabotaj' terhadap persatuan sendiri, ahli PBT diharap akan lebih kuat bekerja demi masa depan pertubuhan, di samping 'pensabotajan' itu diharap dapat menarik simpati mahasiswa yang tidak berdosa.

 

Kemudian mungkin secara perlahan-lahan dan terang-terangan, Simon boleh menuduh bahawa kerja 'sabotaj' ini telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha murni mereka.

 

Siapa lagi 'pihak yang tidak bertanggungjawab' yang dimaksudkan itu jika tuduhan liar itu bukan dilemparkan kepada mahasiswa Pro-Aspirasi? Adakah mereka yang dituduh adalah ahli Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) yang melakukannya, memandangkan amat ramai ahli PMIUPM yang menginap di kawasan kejiranan berkenaan?

 

 

 

Why this madness happen?

 

Simon Ooi dikenali kerana kegilaannya mengkritik kerajaan. Tidak mengira samada orang itu adalah menteri atau tidak, jika kesalahan itu harus dipikul oleh bahu orang itu, pastinya orang itu akan dihentam hebat oleh Simon.

 

 

Jika tidak mengkritik, pastinya Simon akan mengejek orang kenamaan itu dengan ejekan yang memalukan. Dalam masa yang sama, orang yang diejek itu adalah orang yang menjadi tempat permohonan Simon agar persatuan bahasa didaftarkan. Sungguh tidak malu dan tidak mermaruah. Ke mana hilangnya maruah dan jatidiri mahasiswa seperti Simon ini? Adakah maruahnya berharga RM 1 sahaja? Sungguh murahkah maruah beliau sehingga kegilaan itu sanggup dilakukan demi mencapai matlamat pertubuhan haram GMM?

 

Tidak hairanlah jika Simon mampu untuk melakukan sesuatu yang gila. Mungkin kerana kecewa dengan birokrasi pendaftaran persatuan bahasa iaitu PBTUPM, Simon mampu betindak kejam untuk melakukan sabotaj 'Made in Sendiri' agar segala usaha gilanya itu mampu mencapai matlamat yang diinginkan oleh pertubuhan haram mereka?

 

 

Sesungguhnya mahasiswa UPM tidak membenci PBTUPM. Ini adalah kerana, semangat muhibbah dan harmoni yang ditonjolkan oleh Senior PBTUPM terdahulu amat disanjungi. Malangnya, PBTUPM kini telah 'dirogol' maruahnya oleh Simon Ooi dan rakan-rakannya dari GMM.

 

Kesimpulannya, Simon Ooi bijak merencanakan sesuatu agar dapat meraih sokongan atau 'undi simpati' dari mahasiswa. Dengan tidak mengira maruah pertubuhan, Simon boleh dan mampu untuk meludah pertubuhan sendiri hanya kerana satu 'undi'?

 

 

Jika anda Simon Ooi atau pengikut setia Simon Ooi, anda dicabar untuk menjawab ketiga-tiga fakta diatas. Jemputan ini adalah tidak rasmi.

 

Tempoh luput cabaran ini adalah sehingga 31 Ogos 2007. Jika tidak ada ahli GMM yang menyahut cabaran ini, bererti Mahasiswa-UPM telah menang, dan GMM kalah. Pihak yang benar sering melakukan perkara yang senang tapi menang, sedang GMM sering melakukan perkara yang susah tapi kalah.

 

Jika anda Mahasiswa-UPM, sila abaikan usaha GMM. Tidak ada sesuatu yang bermanfaat dalam aktiviti yang dianjurkan GMM selain memecahbelahkan tamadun manusia.

 

Terdahulu, pihak krew Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) telah melaporkan beberapa siri rencana dan maklumbalas mengenai usaha GMM untuk mendaftarkan PBT sebagai pertubuhan sah di dalam kampus UPM. Ikuti siri penerangan tentang mengapa GMM memperalatkan PBTUPM, sila klik link di bawah;

Siri 1

Siri 2

Siri 3

 

 

 

Kembali ke Halaman Utama Mahasiswa-UPM

 

 

Anda Mahasiswa UPM?

 

Anda mempunyai masalah di dalam kampus?

Pengangkutan? Meal Plan? Harga Makanan? Sistem akademik? Yuran? Kemudahan kolej kediaman?

Sila adukan masalah anda kepada kami. Kami boleh membantu anda.

Emailkan aduan anda ke mahasiswaupm@yahoo.com

 

Kerana kami ada cara

P/S; Add kami ke dalam .

Friendster anda dengan email ini! .